Thursday, June 25, 2009

Pergi tak kembali...



Perginya seorang serikandi yg hidupnya terlalu banyak mencurahkan bakti... tak kenal jemu memberi ilmu, tak pernah susah membantu dan selalu ikhlas menunjuk jalan.
sesiapa pun yang mengenalinya pasti bersetuju dengan ku. Kerana dia bagai kejora di hati ku, dan aku percaya di hati semua anak2 didiknya. Dialah yang ku panggil ummi kerana dia guru ku, ibu ku dan teman ku....Kehilangannya amat terasa hingga kini dan sampai bilapun tiada siapa yg boleh gantikan tempatnya di hati ku....

ummi...

Seandainya saat ini ummi dapat membaca coretan ini...

akan ku nyatakan betapa kasih ku pada mu ibu

akan ku nyatakan betapa bertuahnya diri ini menjadi murid mu

dan menjadi anak mu...

akan ku mohon ampun dan maaf kiranya pernah mengguris hati mu...

akan ku cium pipi dan dahi mu dalam menyatakan rindu ku...

akan ku bisikkan bahawa diri mu adalah lambang semangat ku...

akan ku beritahu bahawa diri mu adalah kejora dihati ku...

akan ku beritahu aku masih merasa tidak cukup bersama mu...

akan ku peluk diri mu untuk menghangatkan azam ku...

akan ku penuhi apa pun permintaan mu...

akan ku tunaikan apa pun selagi mampu...

akan ku turuti segala nasihat mu...

Dan akan ku galas apa pun amanah yang kau berikan pada ku...

namun hakikatnya segalanya tak mampu ku beritahu

Tapi aku berjanji bahawa apapun yang terjadi

akan ku jaga segala amanah yang kau tinggalkan untuk ku...

Aku redha... aku pasrah dengan ketentuan ini...

Dan doa ku untuk mu takkan sunyi walau sehari...

dan akan ku teruskan perjuangan mu...

mendidik anak-anak yang dahagakan ilmu....

dan diri mu akan tetap teristimewa di hati ku!


ummi
kami semua amat merindui mu.... amat

lilinjingga
25 Jun 2009
8.57 mlm
k.b. p.p

Sunday, June 21, 2009

Selamat Hari Bapa!



Buat semua bapa2 di dunia. Moga Allah sentiasa merahmati hidup kalian. Insya-Allah

Tuesday, June 16, 2009

Salam perkenalan



Salam untuk semua yg menjumpai, terjumpa atau memang ada yg cari (ada ka?) moga sedikit perkongsian ini membuahkan impak yg hebat dalam ketamadunan manusia sejagat!

Insya-Allah